Tags: Perubatan, Rawtan Gigi

Rawatan Prostodontik Menggantikan Kehilangan Gigi Manusia: Harapan dan Cabaran

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Adam Husein
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674615581
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Gigi merupakan anugerah Tuhan kepada semua makhluk yang memerlukannya termasuklah haiwan dan manusia. Manusia mempunyai dua set gigi asli, iaitu gigi susu dan gigi kekal dengan masing-masing berjumlah 20 dan 32. Gigi susu mula tumbuh apabila kita berusia sekitar enam bulan dan berakhir pada usia sekitar dua tahun. Gigi kekal pula akan mula tumbuh pada usia kita sekitar enam tahun dan berakhir seki..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo

Gigi merupakan anugerah Tuhan kepada semua makhluk yang memerlukannya termasuklah haiwan dan manusia. Manusia mempunyai dua set gigi asli, iaitu gigi susu dan gigi kekal dengan masing-masing berjumlah 20 dan 32. Gigi susu mula tumbuh apabila kita berusia sekitar enam bulan dan berakhir pada usia sekitar dua tahun. Gigi kekal pula akan mula tumbuh pada usia kita sekitar enam tahun dan berakhir sekitar usia kita 18 hingga 20 tahun. Fungsi utama gigi ialah mengunyah makanan, membantu penghadaman, pertuturan, kecantikan dan penampilan. Hasil penyelidikan mendapati bahawa ketiadaan gigi akan memberi kesan negatif kepada manusia dan boleh menjejaskan kualiti hidup. Namun begitu, ramai orang yang akan dan telah pun mengalami fenomena ketiadaan gigi atau gigi hilang. Antara faktor yang menyumbang kepada ketiadaan gigi atau gigi hilang ialah keturunan atau genetik, cabutan, karies, penyakit gusi, kemalangan, kecederaan, ketumbuhan, kanser oral, sindrom dan budaya setempat. Ketiadaan gigi akan menyebabkan fungsi-fungsi utama serta kualiti hidup terjejas walaupun ada juga mereka yang tidak mempunyai masalah dengan isu tersebut. Bagi menggantikan gigi yang hilang, pelbagai kaedah boleh dilakukan bergantung kepada jumlah kehilangan seperti dentur (gigi palsu), jambatan dan implan (gigi tanam). Namun begitu, kesemua rawatan yang ada pada hari ini adalah bersifat sintetik. Oleh yang demikian, ia tidak sama dengan yang asli. Disebabkan perkara tersebut, penyelidik di seluruh dunia termasuk di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia telah terlibat dengan penyelidikan sel stem. Antara matlamat jangka panjang ialah menumbuhkan semula gigi untuk menggantikan gigi yang hilang. Pada masa yang sama, sel stem juga berpotensi untuk pelbagai rawatan yang berkaitan. Hingga hari ini, projek ini telah memberikan hasil yang memberangsangkan apabila sel-sel yang berkaitan dengan gigi seperti odontoblas dan simentoblas telah berjaya dihasilkan daripada sel stem gigi susu dan gigi kekal. Namun, perjalanan masih jauh untuk menumbuhkan semula gigi dengan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, iaitu bagaimana untuk memulakan, mengawal dan menghentikannya. Oleh yang demikian, penyelidikan dalam bidang ini akan diteruskan dengan matlamat utama untuk menumbuhkan gigi-gigi baharu bagi menggantikan gigi yang hilang.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha